By: Zura Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jun-2007 04:25 Email | Share | Bookmark

 
Ini plak.. zura buatkan untuk best friend zura... Dia yg mntk nk makan cheese cake.. tp maafkan diriku wahai sahabat.. x brape menjadik... tu laa gatai sgt nk try resepi baru tanpa study dulu... zura ni kalu nk wat sesuatu resepi mesti study... mcm nak amik Master plak..ekekeke... tp zura mmg cenggitu.. kalu dh study... dh konpiden br buat... Aceli resepi tu dari blog Diana... BEST NO BAKE CHEESE CAKE... tak ler susah sgt bahan and cara dia.. tpnyer zura ni terlalu lemah dgn sukatan pecahan... 2/3..3/4... jadiknyer.. crust cheesecake tu jadik keras cam batu.. nk potong dgn pisau pon x buleh... tp cheesenyer ok laa kot...

So, sahabatku Nurul Iman... harap u like it... nnti ada masa and rezeki lagik.. aku buatkan ko Japanese Shouffle Cheese Cake...

Ni resepinyer...zura copy paste aje dari blog Diana. Thanks D...

Quote:
BEST NO BAKE CHEESECAKE
Sumber:Diana

Bahan-bahannya
3 cawan biskut digestive, dihancurkan
2/3 cawan gula perang, dipadatkan
¾ sudu teh serbuk kayu manis
2/3 cawan mentega, dicairkan
2 (8 oz) krim keju ~ 250g
2 sudu makan chocolate emulco ~ zura ganti dgn coffee emulco
2 sudu besar serbuk gelatin ~ ganti dgn serbuk agar-agar
½ cawan air panas
2 cawan krim putar
2/3 cawan gula
1 tin strawberi topping ~ omit

1. Dalam mangkuk yang kecil, campurkan biskut digestive, gula perang dan serbuk kayu manis. Masukkan mentega cair dan gaul sehingga sebati. Tekan adunan ini ke dasar loyang springform berukuran 9 inci. Sejukkan sehingga biskut keras sedikit.
2. Dalam mangkuk mixer, masukkan whipped cream dan pukul dengan kelajuan laju sehingga ia kental. Angkat dan ketepikan.
3. Serbuk gelatin dicampurkan dengan air panas dan dikacau sehingga ia larut. Ketepikan.
4. Pukul krim keju, gula, chocolate emulco sehingga sebati. Masukkan bancuhan gelatin yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan krim putar dan pukul adunan sehingga ia sebati dan rata.
6. Tuang adunan keatas biskut yang telah disediakan dan sejukkan didalam peti sejuk selama berapa jam atau semalaman. Sebelum dihidang tuangkan topping strawberi dan kemudian keluarkan cheesecake dari loyang springform.

NOTA: Sekiranya anda inginkan cheesecake perasa original gantikan 2 sudu makan chocolate emulco dengan 2 sudu makan jus lemon. Dan boleh juga gunakan topping blueberi.

Bergantung kepada jenis krim putar yang anda gunakan, sekiranya cheesecake anda agak tidak mengeras dan mantap, boleh masukkan kedalam freezer selama 1 jam dan kemudian keluarkan dan potong dan hidangkan.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net