By: Zura Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-May-2007 02:25 Email | Share | Bookmark

 
Dh lama x buat sup tahu berinti daging nie... so zura pon beli tahu dgn daging... bahan lain dh ada kat umah... carik batang saleri x ada plak... kalu ada lg sedap sup tu... Pehtu, wat ikan goreng sambal dengan udang goreng kunyit... nyum nyum nyum... berselera makan

Sup Tahu Berinti Daging

3-4 keping Tahu dibelah dua ~ digoreng dan dikorek keluar isi tengah
Daging secukupnya (x timbang lak brape gram..agakĀ² je ler) ~ dicincang halus
10 ekor udang ~ optional (bagi yg alergic x taruk pon x pe) ~ dicincang halus
Daun bawang dan daun sup secukupnyer ~ dihiris halus
1 biji Bawang besar ~ dihiris halus
2 ulas Bawang putih ~ dihiris halus
1 inci Halia ~ dihiris halus
1 kiub Pati Ayam Maggi
Batang saleri dipotong serong ~ optional (zura x taruk, x de kat kedai)
Garam
2-3 cawan Air

Cara:

Daging cincang dicampur udang dan digaul rata.Campurkan sedikit daun bawang dan daun sup.Masukkan sedikit sahaja garam. Sumbatkan ke dlm tahu yg sudah dikorekkan isi di tengah. Ketepikan..
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Masukkan air secukupnyer. Bila mendidih masukkan pati ayam dan sedikit garam. Kemudian masukkan tahu tadi... slowkan api. Biarkan sehingga daging empuk. Tutup api dan taburkan daun bawang dan daun sop.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net