By: Zura Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]
Friday, 13-Jun-2008 03:23 Email | Share | | Bookmark

 
 
 
Tempahan dari Kak Zarida, my officemate yg sgt menggemari kek berasaskan cheese... ramai sebenarnyer menggemari kek yg ada cheese nie.. zura je pelik.. x gemar


Kak Zarida mmg dh bnyk kali order Tiramisu Cake nie...thanks kak... harap puas hati dgn rasa kek nie..


Kek ni kak zarida order utk Hari Bapa... zura x deco beriya sgt... sbb kek tu dh sedap dgn cheese.. x kan nk campur BC plak... nnti x sedap... enjoy ye...


Thursday, 12-Jun-2008 02:45 Email | Share | | Bookmark

 
 
Cheese Tart lagik... ekekeke.. ada lebihan kulit pastri tart tu masa buat fruit tartlet tu... so ku godeh inti cheese... tapi kali ni ku taruk kiwi filling... cantik warnanyer...



Monday, 9-Jun-2008 04:41 Email | Share | | Bookmark

 
 
Testing testing 1.. 2.. 3..

Huduh kan? hahahaha... konon nk wat fruit tartlet... tp buahnyer cuma ada peach dgn dragon fruit je... anggur beli aritu dh dimakan oleh suamiku... .. so itu aje laa penghias tart ku itu... pada zura x brape sesuai guna dragon fruit... cepat lebam laa... x cantik jadik...


pepehal pon.. enjoy yaaa...


Resepi zura copy paste dari fp kak nina...

Quote:
Swirl/Marble Cheese Tart @ Fruit Tartlet

Bahan Pastri

200 gm mentega
100 gm gula icing
30 gm telur (1/2 dr sebiji telur Gred A)
300 gm tepung gandum (kita tambah dlm 30-40 gm lagi)
Secubit garam

Kacau mentega (boleh gunakan sudip kayu sahaja) hingga ia lembut. Masukkan gula icing, telur dan tepung dan kacau hingga ia menjadi doh. Ketepikan. (Boleh disejukkan sebentar di dalam peti sejuk supaya ia lebih 'firm'). Keluarkan. Kemudian, tekan adunan ke dalam acuan dan buangkan lebihan adunan. Kemaskan tepi2 tart. Bakar selama 15-20 minit pada suhu 180'C atau sehingga ia kekuningan sedikit. Angkat, keluarkan dari acuan dan sejukkan.

Bahan Inti
(Cheese Tart)

250 gm cream cheese
100 gm telur (lebih kurang 2 biji telur gred B)
70 gm gula icing
70 gm sour cream (boleh juga gunakan yoghurt perasa asli)
10 gm serbuk koko (kita guna dlm 1 sudu kecil) [zura guna kiwi filing]

Putar cream cheese hingga ia sebati dan lembut. Masukkan gula icing dan kacau lagi. Kemudian tuangkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau. Masukkan sour cream dan kacau lagi. Ambil sedikit adunan ini dan campurkan dengan serbuk koko untuk penyediaan swirl/marble mengikut suka masing2.

Tuangkan inti ini ke dalam bekas tart yang telah sedia tadi sehingga 80% penuh, kemudian buatkan marble/swirl dan bakar semula adunan tadi selama 8-10 minit (adunan cheese tidak bergoyang). (Waktu ini disyorkan membakar tart menggunakan tingkat tengah supaya bawah tart tidak cepat hangus)

Utk Fruit Tartlet :
(Kastad)
250ml susu segar
2 sb T Kastad
1 bj Telur
1 sb Butter
8 sb Gula

Masak sampai pekat.

Selepas kulit pastri tart masak... sapukan choc cair kemudian taruk kastad tadi... aturkan buah.. siap!


Monday, 9-Jun-2008 04:30 Email | Share | | Bookmark

 
 
Tempahan dari Kak Aziera, my opismate utk dihantar ke Taska anak dia... hope budak2 tu semua suka...



Monday, 9-Jun-2008 02:52 Email | Share | | Bookmark

 
 
Ini adalah Apam Mekar... resepi dari kak hanieliza... thanks kak.. sedap apam nie.... elok je dia mekar... petua dia make sure putar sampai betol2 kembang dan gebu... kalu dak dia x mekar... ekekeke...


Tekstur apam ni pada zura agak padat... dia x seringan apam yg guna ENO... pada zura lah...

Quote:
APAM MEKAR

Bahan
250 gm gula
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 s.k ovallate

pewarna merah dan hijau
acuan kertas

Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.


NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..



[<<  <  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  18  19  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net